Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Promo Ad 4

MASJID NEGARA

Masjid Negara Malaysia terletak di Kuala Lumpur. Dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965, Masjid Negara merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.

Senibina
Masjid in direka bentuk oleh arkitek tempatan Dato' Baharuddin Kassim.

Rekabentuknya selaras dengan rekabentuk bangunan zaman moden tetapi senibina Islam masih dikekalkan. Rupa bentuk masjid ini terhasil dari campuran corak keislaman dan moden serta bersulamkan senibina tempatan.

Bentuk ukiran jerjak besi yang mengelilingi bangunan ini dan dom-dom kecil yang berada di sebelah atas beranda adalah berasaskan rekabentuk Sarasin, tetapi ia disesuaikan dengan rekaan moden.

Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan. Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja. Menara ini berbentuk gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka.

Menara
Di tengah-tengah kolam di Masjid Negara ini berdiri tegak sebuah menara masjid. Ia digunakan untuk mengumandang azan setiap kali waktu sembahyang.Tingginya ialah 235 kaki daripada lantai ke hujung lambang bulan bintang.

Dalam bangunan menara ini disediakan sebuah lif untuk naik ke pentas menara. Pentas ini tingginya 140 kaki daripada tanah. Ada juga sebuah anak tangga berpilin disediakan di sebelah lif itu. Dua dinding menara yang saling bersetentangan masing-masing bertampal dengan papak batu kapur dan terazzo dan dua dinding yang masing-masing bersetentangan itu lagi berhias dengan kekisi terazzo.

Puncak menara itu dikemaskan dengan mosaic gelas putih. Gerabak lif disediakan dalam menara. Gerabak lif ada tingkap kaca untuk membolehkan penumpang dalam lif itu melihat bandar Kuala Lumpur. Menara itu diterangi oleh lampu berjalur, menjadikannya kelihatan menarik sekali pada waktu malam.

Lokasi
Terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Masjid Negara di kelilingi oleh Stesen Keretapi Malaysia, Bangunan Daya Bumi, Pos Besar Malaysia dan kawasan rekreasi. Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya ada tujuh buah pintu pagar.