Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Promo Ad 5

MUZIUM NEGARA

Muzium Negara, sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai gedung khazanah sejarah negara. Kini Muzium Negara yang baru selesai dinaiktaraf  pada tahun 2008, tampil lebih menarik dan interaktif dalam membawa pengunjung menerokai sejarah Malaysia bermula dari era prasejarah hingga ke Malaysia kini.

Muzium Negara diketuai seorang Pengarah dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

 

OBJEKTIF

Objektif Muzium Negara adalah seperti berikut:

- Menjalankan penyelidikan terhadap bahan dan artifak yang mempunyai kepentingan kepada sejarah negara;
- Menjalankan aktiviti permuziuman seperti menyelidik, mengumpul, merekod dan menerbitkan segala khazanah warisan sejarah negara;
- Mempamerkan dan memanfaatkan bahan artifak warisan sejarah negara bagi tujuan pendidikan masyarakat ke arah pembinaan jati diri dan pembangunan bangsa, dan;
- Menjadikannya sebagai salah satu produk pelancongan negara.

 

Alamat Pejabat

Muzium Negara
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.
Emel - prmuziumnegara@jmm.gov.my

Telefon: (+603) 2267 1111 / (+603) 2267 1000 - Talian Umum
Faks:   (+603) 2267 1011
Masa berhubung: 8.00 pagi - 6.00 petang setiap hari
 

 

source from muziumnegara.gov.my